3 tahun meninggal dunia seorang diri, mayat wanita ditemui dalam keadaan mereput duduk di hadapan TV yang masih menyala

3 tahun meninggal dunia seorang diri, mayat wanita ditemui dalam keadaan mereput duduk di hadapan TV yang masih menyala

LONDON - Seorang wanita berusia 38 tahun ditemui maut dalam sebuah rumah flat yang berdekatan dengan pasarraya hanya tinggal kerangka sahaja kerana mangsa telah meninggal dunia 3 tahun yang lalu sebelum ditemui.

Di dalam rumah tersebut dilihat TV masih menyala, pinggan mangkuk yang tidak dicuci terbiar dekat singki serta hadiah krismas yang masih berbalut turut ditemui. Jiran tetangga ada memberitahu tentang bau busuk tetapi mereka menyangka bau itu datang daripada udara bangunan yang sudah lama.

Joyce sebelum ini pernah bekerja dengan artis-artis antarabangsa sehinggalah pada suatu hari, Joyce hilang pekerjaan dan dibuang keluarga serta kawan-kawannya. Jadi Joyce hidup bersendirian dan menyewa dekat flat seorang diri. 

3 tahun selepas itu, mayat Joyce ditemui dalam keadaan mereput hanya tinggal tulang yang sedang duduk di hadapan TV yang masih menyala. Duit sewa rumah dibayar secara automatik setiap bulan jadi tuan rumah tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah mayat mangsa ditemukan. 

Kematian Joyce masih misteri hingga kini kerana tidak ada sebarang tanda mangsa dibunuh atau bunuh diri serta Joyce difahamkan tidak mengidap sebarang penyakit.





@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!