Lelaki tua rogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun ditahan polis



Lelaki tua rogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun ditahan polis


JAYAPURA - Seorang lelaki disebut sebagai TS berusia 49 tahun ditahan pihak polis atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan bernama Melati berusia 7 tahun di bilik sewanya pada hari Sabtu bersamaan dengan 28//12/2024 yang dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Jayapura Utara.


Lebih menyedihkan lagi, kejadian itu disedari dan dilihat sendiri oleh ibu mangsa semasa ibu mangsa berusaha mencari suspek untuk membayar upah kerjanya. Ibu mangsa terkejut melihat anak kesayangannya berada dalam bilik sewa berkenaan dengan suspek. Semasa kejadian ibu mangsa melihat suspek dalam keadaan tidak memakai baju dan anaknya tidak memakai kain. Suspek berada di atas mangsa dan mencium bibir mangsa ketika disaksikan ibu mangsa.



Ketua Polis Jayapura, Victor D. Mackbon mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa. Setakat ini pihak polis telah berjaya menahan suspek untuk tindakan lanjut.


"Saksi kejadian adalah ibu kandung mangsa sendiri, jadi ibunya menarik keluar anaknya saat melihat suspek sedang berada atas tubuh mangsa sambil mencium bibir mangsa" kata polis.


Kes masih dalam siasatan polis dan Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) mengesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengant telus dan berharap agar hukuman berat dikenakan kepada suspek kerana jenayah yang dilakukannya bukan sahaja mengugat ketenteraman malah memberi kesan negatif dan trauma yang berpanjangan kepada mangsa. - Liputan7



@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!