
Suami tak mampu puaskan nafsu isteri sebanyak 9 kali sehari akhirnya bercerai setelah setahun berkahwin
Tulungagung - Seorang suami di Tulungagung nekad menceraikan isterinya kerana tidak sanggup lagi memuaskan nafsu isterinya yang meminta untuk bersama sebanyak 9 kali sehari.
Peguam kes penceraian pasangan tersebut, Mohammad Hufron Efendi membenarkan khabar tersebut.
"Kes itu benar berlaku memang saya yang menguruskannya. Punca penceraian tersebut bermula apabila si isteri sering meminta suaminya untuk melayan nafsu seks sebanyak 9 kali sehari. Daripada situ terjadinya pertengkaran antara suami isteri tersebut hingga berlaku perceraian" katanya.
Pasangan suami isteri tersebut berusia 30 tahun dan usia pernikahan mereka adalah 1 tahun. Si isteri mempunyai keinginan seks yang tinggi berbanding si suami, jadi sepanjang tempoh pernikahan itu si isteri sering meminta untuk dilayani nafsu seksnya jika tidak dia akan merajuk dan kadang-kadang mereka akan bertengkar hanya kerana masalah seks.
Sehingga satu tahap si isteri meminta suami untuk melayan nafsu seksnya sebanyak 9 kali sehari membuatkan si suami merasa tercabar dan terjadi pertengkaran besar.
Menurut peguam, kedua pasangan suami isteri itu memberi kerjasama yang baik dan urusan perceraian mereka berjalan dengan lancar.
Sementara itu, ahli psikologi, Nur Rohmania, mengatakan bahawa nafsu seks yang tinggi atau tidak terkawal bagi seorang wanita itu panggil Nymphomania. Jika seseorang itu tidak dapat mengawal nafsunya seksnya, biasanya dia akan tertekan yang teramat sangat atau lebih parah akan terjadi kemurungan.
Gejala ini boleh jadi berpunca daripada aktiviti tidak sihat, menonton filem lucah dan sebagainya.
"Pesakit yang ada masalah Nymphomania ni boleh menjalani terapi seperti CBT (cognitive Behavioral Therapy) ,ACT (Acceptance and Commitment Therapy) serta intervensi medis ubat-ubatan," kata Ifada.
@liputan7official