Remaja perempuan bunuh ibu sedang solat Zohor


Remaja perempuan bunuh ibu sedang solat Zohor

BENGKULU - Seorang remaja perempuan dikenali sebagai NR berusia 18 tahun membunuh ibu kandungnya sendiri berusia 49 tahun semasa mangsa sedang solat Zohor.Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Jalan Manggis 1, Kota Bengkulu pada hari Sabtu 2/8/2025.

Berdasarkan laporan, suspek menggunakan batu ulekan cobek untuk memukul ibunya hingga maut. Setelah mangsa rebah, suspek menikam mangsa menggunakan pisau.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. Saksi kejadian segera melaporkan kepada pihak polis selepas kejadian itu mengemparkan penduduk kampung.

"Ya memang ada kejadian bunuh di rumah ini, mangsa dipukul di bahagian kepala sebelum ditikam dengan pisau di beberapa bahagian tubuhnya " kata Ketua Balai Polis Bengkulu, Yuli

Pihak polis telah menahan suspek untuk membantu siasatan manakala jasad ibunya dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut.

Setakat ini belum diketahui punca sebenar pembunuhan. - Liputan7 





@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!