Bapa rogol anak tiri berusia 16 tahun hingga hamil dan melahirkan anak atas izin isterinya sendiri
MAMASA - Seorang lelaki di Mamasa, Sulawesi Barat ditangkap polis atas pertuduhan merogol anak tirinya sendiri hingga hamil dan melahirkan anak. Suspek mengaku melakukan perbuatan jijik itu selepas mendapat izin daripada isterinya iaitu ibu kandung mangsa sebagai bukti cinta isteri terhadap suaminya.
Kejadian itu terbongkar selepas bapa saudara mangsa membuat laporan polis selepas mengetahui mangsa melahirkan anak. Pada awalnya mangsa takut untuk membuat laporan polis kerana mangsa diugut bunuh jika melaporkan kepada mana-mana pihak. Kemudian mangsa bercerita kepada orang yang lebih rapat dengannya iaitu bapa saudaranya mengatakan bahawa anak yang dilahirkan itu adalah hasil daripada dirogol bapa tirinya sendiri.
Sebaik menerima laporan tersebut, pihak polis tidak menunggu lama dan terus melakukan tangkapan terhadap suspek. Hasil soal siasatan mendapati bahawa mangsa dirogol berkali-kali oleh suspek dengan alasan telah mendapat restu dan izin daripada isterinya.
Isteri suspek pula turut mengaku dan menjadi saksi terhadap jenayah yang dilakukan oleh suspek. Alasan si isteri membenarkan suaminya bersetubuh dengan anaknya adalah atas dasar cinta dan takut diceraikan suami.
"Suspek akan didakwa mengikut undang-undang mengikut
Pasal 81 Undang-Undang tentang Perlindungan Anak dengan ancaman kurang 15 tahun penjara," kata polis.
@liputan7official