Jual burger biasa RM10 kepada pelancong, netizen gesa KPDN ambil tindakan

Jual burger biasa RM10 kepada pelancong, netizen gesa KPDN ambil tindakan

TULAR satu video memaparkan tindakan seorang peniaga mengenakan harga ‘cekik darah’ RM10 kepada pelancong asing untuk sebiji burger biasa.

Menerusi Facebook Traveling Solo Logs, pelancong tersebut pada awalnya berkongsi pengalamannya membeli burger di sebuah gerai dipercayai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pelancong itu telah membuat pesanan sebiji burger daging biasa tanpa telur dan keju.

“Saya mahu membeli set original dan membuat perbandingan dengan burger McDonald untuk mengetahui burger yang mana satu lebih enak,” ujar lelaki itu.

Menerusi video itu juga dapat dilihat pesanannya mempunyai ban roti, daging, bawang, mayones, sos lada hitam, salad dan sos cili.

Pelancong itu kemudian mahu membuat pembayaran dan peniaga bertindak meletakkan harga sebanyak RM10.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kesal akan tindakan peniaga yang meletakkan harga tidak masuk akal dan menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan.

“Jangan berniaga harga mahal sebegini walaupun pada orang asing, ini tidak betul sama sekali,” kata Ahmad M. Afandi.

“Melingkup la gerai ko.. Beger biasa rm10 acik die..! Tanda harga pun ko tak letak.. Lagi ko tekan harga kt pelancaong asing.. Hawau punye peniaga,” ujar Muslimin Taslam.

“Kenapalaa nak amik kesempatan pd tourists, tak phm aku,” tulis Cik Puan Nyssa.

@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!