VIDEO - Volvo rempuh KFC: Seorang wanita meninggal dunia, 7 cedera – polis


Volvo rempuh KFC: Seorang wanita meninggal dunia, 7 cedera – polis

SEORANG warga emas wanita yang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Restoran KFC, Jalan Haji Mohd Ali, malam tadi disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di wad kecemasan di Hospital Seri Manjung.

Menurutnya, tujuh yang lain termasuk seorang kanak-kanak berusia antara lima hingga 38 tahun cedera ringan dan sedang menerima rawatan di hospital sama, lapor MalaysiaGazette.

Kata beliau, terdahulu pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian sebuah SUV Volvo XC90 restoran berkenaan sekitar jam 9.05 malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati kereta itu telah dipandu lelaki berusia 29 tahun yang datang dari arah Kampung Koh menuju ke arah Sungai Wangi.

VIDEO DI TELEGRAM LIPUTAN7  : https://t.me/liputantujuh/75437?single

“Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat hadapan restoran itu, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bangunan restoran dan turut melanggar lapan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!