PASIR MAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai mengalami kecederaan akibat ditikam oleh bapanya yang merupakan seorang guru, dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol, di sini pada Jumaat.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada jam 8 pagi.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan.
@liputan7official