BALING, 24 Oktober 2025 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling melaksanakan Operasi Banjir pagi ini dengan memindahkan beberapa penduduk dari Kampung Banggol Berangan, Bakai ke surau berhampiran selepas kawasan itu dinaiki air.
Menurut kenyataan APM Baling, operasi pemindahan dilakukan dengan pantas bagi memastikan keselamatan penduduk, terutama warga emas, wanita dan kanak-kanak. Pasukan APM turut melakukan pemantauan berterusan di lokasi berisiko bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Antara anggota terlibat dalam operasi tersebut ialah Mohd Faizol Ab Aziz, Muhd Danial Imram dan Ila Dalila dari APM Negeri Kedah.
APM memaklumkan, situasi cuaca dan paras air akan terus dipantau dari semasa ke semasa sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.
oleh LIPUTAN7
24 Oktober 2025
#liputan7 #banjir #Baling #APM #Kedah
@liputan7official