Wanita racun kawan sendiri untuk curi identiti demi memalsukan kematiannya
Pada tahun 2016, Viktoria Nasyrova, seorang wanita warganegara Rusia yang tinggal di New York bertemu dengan seorang wanita warganegara Ukraine, Olga Tsvyk yang memiliki paras rupa yang sama seperti pasangan kembar.
Viktoria menyapa Olga terlebih dahulu dan mereka mula berkawan baik sejak penemuan tersebut kerana memiliki wajah yang seiras.
Pada satu hari, Viktoria menjemput Olga ke rumahnya untuk memberi kejutan kepada Olga. Olga yang teruja tiba ke rumah Viktoria pada hari tersebut. Viktoria memberi Olga makan kek cheese yang dicampur dengan racun.
Olga pengsan selepas makan kek tersebut. Kemudian Viktoria mengambil kesempatan dengan mencuri passport,duit serta barangan peribadi milik Olga untuk memalsukan kematiannya(bunuh diri). Pendek cerita Viktoria nak jadikan Olga sebagai dirinya yang mati bunuh diri dan Viktoria nak menyamar sebagai Olga tetapi Olga tak mati, dia hanya pengsan.
Malangnya, Olga terselamat dan menyedari bahawa passport serta barangan peribadinya telah hilang. Olga segera membuat laporan polis.
Tidak lama kemudian, pihak polis berjaya menjejaki dan menahan Viktoria. Kemudian hasil siasatan polis mendapati bahawa, Viktoria bukan sahaja penipu malah seorang pembunuh. Viktoria pernah membunuh seorang lelaki berusia 53 tahun beberapa tahun yang lalu di Rusia sebelum melarikan diri ke Amerika.
Kemudian pada tahun 2023, Viktoria didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 21 tahun. Semasa pendakwaan dibacakan di mahkamah, Viktoria hanya ketawa seperti orang gila.
@liputan7official