Kerajaan Tegas Tangani Isu Agama demi memastikan keharmonian terpelihara - Zahid Hamidi



Kerajaan Tegas Tangani Isu Agama demi memastikan keharmonian terpelihara - Zahid Hamidi


Masjid Tanah: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan pendirian kerajaan dalam mempertahankan agama Islam di negara ini.


Beliau berkata, Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta parti komponen Kerajaan Perpaduan juga mendukung dan berpegang kepada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Oleh itu, jangan ada pihak yang menunding jari atau pun mempertikaikan pendirian kerajaan dalam hal ini.


"Kita tahu soal agama ini adalah sensitif dan kita tidak mahu ada tangan atau jari yang menuduh kerajaan tidak mengambil peduli mengenai perkara ini terutamanya apabila dalam isu mempertahankan Islam," katanya.


Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno membidas sikap sesetengah pemimpin politik yang menggunakan isu agama untuk merungkai keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.


"Apapun agama yang diamalkan rakyat negara ini haruslah dihormati seperti yang disebut dalam al-Quran setiap daripada manusia perlu menghormati agama lain.


"Kita tidak mahu, sama ada seorang individu atau kumpulan berfahaman kanan atau kiri menggunakan isu agama untuk merungkaikan keharmonian yang sedia wujud di negara kita," katanya.


Terdahulu media melaporkan tiga penyampaian radio swasta disiasat polis susulan dakwaan mempersenda agama Hindu dalam satu video yang tular sejak Selasa lalu.


Ekoran itu, pengurusan stesen radio terbabit menggantung tugas tiga pengacara radio berkenaan sehingga siasatan selesai.


@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!