Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dirogol lelaki wargaemas hingga berdarah di bahagian kemaluan



Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dirogol lelaki wargaemas hingga berdarah di bahagian kemaluan


BULELENG - Polis menangkap seorang lelaki berusia 53 tahun yang didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun iaitu anak jirannya. 


Sehari sebelum penangkapan, ibubapa mangsa tiba ke balai polis untuk membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa lelaki tua itu telah merogol anak mereka sehingga berlaku pendarahan pada alat sulit mangsa. 


Pada awal kejadian, mangsa ketika itu sedang bermain dengan kawan-kawan tidak jauh dari rumahnya. Kemudian mangsa hendak pulang ke rumah sebentar untuk mengambil mainan di rumah dan ketika perjalanan pulang ke rumah, mangsa telah lalu di hadapan rumah suspek. Suspek bertindak menangkap dan mengheret mangsa masuk ke dalam rumah kemudian merogol mangsa hingga berlaku pendarahan yang teruk di bahagian kemaluan mangsa. 


Ibubapa mangsa pada awalnya menyangka mangsa terjatuh yang mengakibatkan berlaku pendarahan tersebut terus menghantar anak mereka ke Hospital Buleleng. Ketika pemeriksaan medis terbongkar bahawa mangsa telah dirogol.

Setelah ditanya siapa yang melakukan perbuatan jijik tersebut akhirnya mangsa menceritakan perkara sebenar dalam keadaan mengigil ketakutan.


Mendengar pengakuan tersebut, ibubapa mangsa segera melaporkan kepada pihak polis dan suspek telah ditahan di rumahnya. Suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun atau denda sebanyak RM 1.5 Juta (5 Milliar Rupiah).


@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!