Abang tikam adik sampai maut sebelum kelar diri sendiri
Binh Tan : 2 beradik tikam sesama sendiri sehingga salah satu antara mereka maut dan cedera parah. Pihak Polis Tan Tao Ward mengesahkan insiden tersebut berlaku antara 2 beradik, dimana satu antara mereka meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah.
Menurut laporan saksi, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 pagi apabila 2 beradik ini saling kejar mengejar dengan satunya memegang senjata tajam dekat Jalan 10. Yang mengejar saudaranya itu adalah abangnya berusia 57 tahun dan yang dikejar adalah adiknya berusia 51 tahun.
Saksi sempat melihat kedua beradik itu saling tikam menikam sebelum segera memanggil pihak polis. Tidak lama kemudian pihak polis tiba ke lokasi kejadian dan melihat mangsa iaitu adiknya maut di lokasi kejadian dengan terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian badan. Manakala si abang pula cedera parah dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Menurut kenyataan penduduk setempat, kedua-dua yang terlibat adalah 2 beradik. Jarak Rumah mereka adalah 200 meter sahaja. Namun motif kejadian tersebut masih kabur dan masih dalam siasatan polis.
@liputan7official