VIDEO - Lelaki maut diserang dan dibaham harimau, separuh badan mangsa hilang



Lelaki maut diserang dan dibaham harimau, separuh badan mangsa hilang

Mukomuko - Ibnu, seorang penduduk kampung Mukomuko,Bengkulu ditemui maut selepas diserang harimau. Difahamkan semasa kejadian, mangsa sedang mencari bahan makanan untuk haiwan ternakkannya. Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan yang sangat ngeri dimana separuh tubuhnya telah dimakan harimau dan disamping mayat mangsa terdapat kesan tapak kaki harimau.

Ketua Polis Mukomuko, Iptu Achmad Nizar Akbar mengatakan bahawa mangsa keluar rumah sekitar jam 3 petang namun tidak pulang ke rumah selepas jam 10 malam membuatkan ahli keluarga mangsa bimbang dan meminta tolong penduduk kampung untuk mencari mangsa.

Orang kampung bekerjasama berusaha mencari mangsa di seluruh kebun dalam kampung tersebut. Kemudian pada jam 11.30 malam, penduduk kampung berjaya menemukan jasad mangsa di kebun kelapa sawit.

"Terdapat kesan gigitan yang besar pada tubuh mangsa sehingga separuh daripada tubuhnya hilang dipercayai telah dimakan oleh harimau tersebut. Disamping mayat mangsa terdapat juga kesan tapak kaki harimau" kata ketua polis.

Pihak polis turut menambah dalam kenyataannya mengatakan bahawa 2 hari sebelum kejadian terdapat satu kes 2 ekor lembu yang mati akibat dibaham harimau namun belum dipastikan sama ada harimau tesebut adalah harimau yang sama telah menyerang Ibnu.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut dan 
Penduduk setempat diingatkan supaya lebih berhati-hati kerana harimau itu masih lagi bebas. 




@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!