Tol percuma tidak selesaikan masalah kesesakan - Ahmad Zahid



Tol percuma tidak selesaikan masalah kesesakan - Ahmad Zahid


Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemberian tol percuma pada musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol.


Beliau berkata, yang penting ialah pengguna jalan raya mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.


"Jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari.


"Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung tetapi konsensi itu terpaksa dipanjangkan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol," katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan.


Beliau berkata, keputusan menghentikan pemberian tol percuma itu merupakan keputusan Jemaah Menteri susulan saranan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.



Mengenai majlis malam ini, Ahmad Zahid berkata, usahawan desa perlu berani berkembang dan mendahului pasaran.


Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan desa supaya menguasai platform digital, meningkatkan kemahiran dan ilmu perniagaan serta membangunkan jaringan dan kerjasama strategik.


Sebanyak 45 usahawan belia desa menerima hadiah berupa geran perniagaan dalam pertandingan RBC 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM15 juta.



@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!