Lelaki jadikan adik, isteri(hamil) dan anaknya sebagai tebusan di masjid, ugut bunuh jika permintaannya tidak dipenuhi




Lelaki jadikan adik, isteri(hamil) dan anaknya sebagai tebusan di masjid, ugut bunuh jika permintaannya tidak dipenuhi

Mangelang - Penduduk kampung Polengan, dikejutkan dengan satu kejadian ancaman bunuh di Masjid Al Barokah. Suspek seorang lelaki berusia 45 tahun yang menjadikan adiknya, isteri dan anaknya sebagai tebusan di masjid tersebut dengan sebilah parang sekitar jam 10.30 pagi.

Difahamkan suspek membawa ke semua mangsa yang merupakan ahli keluarganya sendiri dari rumah hingga ke masjid untuk menarik lebih banyak perhatian orang kampung. Lebih parah lagi isterinya sedang mengandung ketika menjadi tahanan suaminya.

Motif ugutan tersebut hanyalah mahu mencari adiknya. Jadi ketua kampung iaitu Zaenal Arifin menggunakan pembesar suara masjid untuk memanggil adik suspek untuk hadir ke lokasi kejadian. 

Tidak lama kemudian, pihak polis dan adik suspek tiba ke lokasi kejadian. Selepas dipujuk untuk membuang senjata tajam akhirnya suspek menyerah. Suspek telah ditahan pada jam 2 petang dan kes masih dalam siasatan polis.

@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!