Arab Saudi rancang labur RM 2.6 Trillion kepada Amerika Syarikat untuk eratkan hubungan kerjasama serta menentang keganasan di Timur Tengah



Arab Saudi rancang labur RM 2.6 Trillion kepada Amerika Syarikat untuk eratkan hubungan kerjasama serta menentang keganasan di Timur Tengah 


Arab Saudi rancang untuk meluaskan pelaburan dan perdagangan dengan Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang yang dianggarkan $600 Billion(RM 2.6 Trillion) atau lebih daripada itu demi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara negara mereka.


Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi, perkara itu antara topik yang dibincangkan oleh Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Bin Salman semasa panggilan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada petang Rabu.


Kedua-dua pemimpin tersebut turut membincangkan peluang kerjasama antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat untuk menggalakkan keamanan,keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah selain meningkatkan kerjasama antara dua hala untuk menentang keganasan.


Mereka turut membincangkan cara untuk mengeratkan hubungan dalam pelbagai bidang dan Putera Mahkota menekankan keupayaan pendtadbiran Amerika Syarikat mampu membawa kemakmuran dan peluang ekonomi yang luar biasa.


Putera Mahkota amat berharap agar Amerika Syarikat setuju dengan pelaburan jangka masa panjang ini demi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua negara tersebut.


Semasa panggilan itu, Putera Salman turut berkenan menyampaikan ucapan tahniah daripada Penjaga 2 Masjid Suci, Raja Salman Bin AbdulAziz Al Saud dan menyampaikan ucapan tahniah secara peribadinya atas lantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dan mendoakan supaya seluruh rakyat Amerika Syarikat agar mencapai lebih banyak kemajuan dan kemakmuran di bawah pimpinan Trump.


Sementara itu Presiden Amerika Donald Trump turut menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Penjaga 2 Masjid Suci dan Putera Mahkota atas ucapan tahniah tersebut. Trump berjanji akan memastikan urusan kerjasama antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat dapat dilaksanakan dengan baik dan menguntungkan antara kedua-dua belah pihak.









@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!