Enggan hantar makanan ke bilik anak bos, pekerja perempuan dipukul dan dihina miskin
Seorang lelaki berbadan gemuk, bernama George iaitu anak kepada pemilik kedai kek bertindak agresif dengan membelasah pekerja di kedai itu dengan teruk hanya kerana pekerja itu enggan menghantar makanan ke biliknya di Penggilingan, Cakung, Jakarta Timur.
Bukan hanya dibelasah, malah pekerja itu turut mendapati herdikan dan dihina miskin oleh lelaki gemuk itu.
Mangsa seorang pekerja perempuan bernama Dwi Ayu Darmawati, berusia 19 tahun itu berkata selain dihina dan dipukul anak majikan, lelaki gemuk itu turut mengatakan bahawa dia tidak takut jika mangsa membuat laporan polis kerana dia kebal undang-undang.
Dwi berkata kepada si gemuk bahawa dia tetap akan buat laporan polis dengan sokongan bukti rakaman video.
"Kita punya videonya, kita bisa melaporkan ke polisi. Terus si gemuk berkata 'orang miskin kayak lo mana bisa melaporkan gue ke polisi. Saya tuh kebal hukum'," kata Dwi pada hari Sabtu (14/12/2024).
Mangsa disahkan cedera dibahagian kepala, tangan, kaki dan dada akibat diserang si gemuk.
Hari ini, Isnin, 16 Disember 2024, si gemuk telah ditangkap oleh pihak polis di sebuah hotel Sukabumi, Jawa Barat dan siasatan polis sedang dijalankan. - Liputan7
@liputan7official