Rogol remaja berusia 14 tahun dalam kereta, 3 suspek termasuk perempuan ditahan polis



Rogol remaja berusia 14 tahun dalam kereta, 3 suspek termasuk perempuan ditahan polis

Ketua Polis Aceh Utara, AKP Novrizaldi, mengesahkan penangkapan 3 suspek utama dalam kes serangan seksual dan rogol seorang remaja berusia 14 tahun di daerah Aceh Utara pada hari Isnin. Kes tersebut bermula apabila ibu mangsa tiba ke balai polis melaporakan bahawa anaknya telah dirogol.

3 suspek yang terlibat iaitu 2 lelaki dikenali dengan MF, berusia 23 tahun serta MS, 17 tahun dan NA, 1 perempuan berusia 15 tahun ditangkap di kediaman masing-masing. 

Pada awal kejadian iaitu seminggu sebelum pihak polis menerima laporan,mangsa dijemput MF dengan kereta sewa Toyota Yaris dan mangsa duduk di belakang dengan suspek kedua iaitu MS dan ketika ini mangsa telah diraba MS. Kemudian mereka mengambil kekasih MS iaitu NA di rumahnya. 

Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke sebuah kafe pada waktu malam. Semasa perjalanan ini mangsa telah dirogol MS sambil disaksikan kekasihnya manakala MF masih memandu kereta. Kemudian, MF menghentikan kereta dan merogol mangsa pula sebelum mangsa diikat dan ditinggalkan di tepi jalan. Mereka bertiga kemudian pergi begitu sahaja. 

Hasil siasatan mendapati bahawa, MS sering memberikan wang dan memenuhi kehendak kekasihnya NA jika NA berjaya mencarikan perempuan yang boleh dirogol. Jadi mangsa itu adalah kenalan kepada NA.

Ketika ini pihak polis sedang menjalankan siasatan dan pihak Pelindungan Perempuan dan Kanak-kanak mengesa agar hukuman setimpal dikenakan ke atas pelaku selain menasihati ibubapa agar lebih peka terhadap pergerakkan dan pergaulan anak-anak.



@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!