Penyakit misteri Dinga Dinga, wanita jadi menari tak terkawal



Penyakit misteri Dinga Dinga, wanita jadi menari tak terkawal


KAMPALA - Penyakit misteri digelar Dinga Dinga yang 'menyerang' golongan wanita telah menggemparkan sebuah daerah di Uganda.


Simptom penyakit yang menyebabkan pesakit 'terenjut-enjut seperti menari' itu adalah goncangan badan secara tidak terkawal, demam dan tubuh menjadi lemah.

 

Di bawah kes agak serius, pesakit boleh menjadi lumpuh dan tidak bergerak.


Punca wabak di daerah Bundibugyo itu bagaimanapun tidak diketahui hingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada yang mengaitkan jangkitan virus itu dengan faktor alam sekitar.



Difahamkan, pihak berkuasa kesihatan telah menghantar sampel untuk analisis lanjut oleh Kementerian Kesihatan Uganda.


Penyakit itu turut dibandingkan dengan Wabak Menari di Strasbourg, Perancis pada 1518 berdasarkan gejala yang serupa.



Meskipun punca Dinga Dinga tidak diketahui, rawatan antibiotik telah diberikan kepada pesakit dan kebanyakannya sudah pulih dalam tempoh seminggu.


Dr Kiyita Christopher turut menggesa komuniti setempat supaya mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan daerah dan bukannya menggunakan ubat herba untuk melawan virus itu kerana tiada bukti saintifik bagi mengesahkan keberkesanannya.


Sebagai langkah berjaga-jaga, Dr Piyush Mishra di New Delhi menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perjalanan ke negara Afrika Timur tersebut dan menyarankan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan jika masih mahu berkunjung ke Kampala. - Agensi


@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!