Pelajar perempuan berusia 12 tahun ditemui maut, mayat mangsa disumbat dalam guni dipercayai dibunuh

Pelajar perempuan berusia 12 tahun ditemui maut, mayat mangsa disumbat dalam guni dipercayai dibunuh

MEDAN - Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Pertama (SMP)  berusia 12 tahun berasal dari Kampung 3 Lubuk Saban, Daerah Pantai Cermin ditemui maut dalam kebun kelapa sawit.

Lebih menyedihkan apabila mayat mangsa ditemui dalam keadaan dibungkus dalam guni dan ditutup dengan daun kelapa sawit.

Ketua Polis Pantai Cermin, AKP Herwin mengatakan bahawa mangsa pertama kali ditemui oleh penduduk setempat pada hari Jumaat 13 Disember 2024 pada jam 4 petang.

Sebelum ini pihak polis ada menerima laporan tentang orang hilang oleh ibubapa mangsa pada hari Jumaat bersamaan dengan 13 Disember 2024 pada jam 11 pagi. Ibubapa mangsa mengatakan bahawa anak mereka sudah tidak pulang ke rumah selama 2 hari dan selama tempoh itu mereka berusaha mencari anak mereka ke merata tempat namun tidak ditemui sehinggalah mereka buat keputusan untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa.

Pihak polis juga sempat mengeluarkan  hebahan orang hilang di daerah itu sebelum mayat mangsa ditemui penduduk setempat pada hari yang sama iaitu sekitar jam 4 petang.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital Bhayangkara TK II Medan untuk dibedah siasat.

Setakat ini pihak polis masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa namun pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa maut akibat dibunuh. Persoalan tentang adakah mangsa dirogol sebelum dibunuh itu masih dalam siasatan polis. - Liputan7




@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!