Kanak-kanak 3 tahun maut dibunuh dan dipenggal kepala oleh abang kandungnya sendiri di rumah

Kanak-kanak 3 tahun maut dibunuh dan dipenggal kepala oleh abang kandungnya sendiri di rumah

KALBAR - Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun ditemui maut dalam keadaan menyayat hati apabila mayat mangsa putus akibat dipenggal oleh abang kandungnya sendiri.

Suspek iaitu abang kandungnya sendiri berusia 23 tahun menggunakan parang untuk membunuh dan memotong kepala adiknya.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan perumahan karyawan perusahaan perkebunan sawit di Kampung Danau Buntar, Kalimantan Barat pada hari Rabu bersamaan dengan 26/12/2024.

Menurut keterangan ibubapa mangsa, mangsa ditinggalkan bersama abang kandungnya di rumah sendirian semasa ibubapa mangsa keluar berniaga buah durian di kampung itu juga.

Ketua polis Kendawangan menyatakan bahawa suspek telah ditahan serta parang yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa turut dirampas sebagai bahan bukti.

Ibubapa mangsa dan suspek turut menyatakan bahawa anak sulungnya itu ada masalah gangguan mental.

Setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar pembunuhan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kecematan Manis Mata untuk tindakan selanjutnya - Liputan7 








@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!