Konflik Palestin-Israel: Nenek terpaksa beri cucu minum air, susu habis

Seorang wanita warga emas Palestin terpaksa memberi minum air kepada cucu lelakinya yang masih bayi bagi menahan kelaparan ekoran ketiadaan bekalan susu susulan situasi konflik pada masa ini.

Menerusi video dikongsikan Middle East Eye, wanita itu memberitahu, dia juga tidak mempunyai lampin pakai buang untuk cucunya yang juga anak yatim berikutan bapa bayi itu telah meninggal dunia.

“Ini bayi kepada anak saya, dilahirkan di sekolah ini. Ayahnya (anak wanita tersebut) syahid selepas seminggu. Kami masih tak jumpa jasad ayahnya di bawah runtuhan.

“Dia (bapa bayi) menanti untuk melihat anaknya, tapi tak pernah jumpa. Anak saya terkorban tanpa bertemu zuriatnya.

@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!