Ibu jual rumah RM 78,000 bimbang didera anak



Ibu jual rumah bimbang didera anak


BANGKOK – Seorang ibu di Thailand yang selama ini dilaporkan hilang, bertindak menjual rumah yang dihuni anak perempuannya sekali gus mendedahkan bahawa dia sebenarnya melarikan diri dan hidup berseorangan, lapor portal berita Thaiger hari ini.


Anak perempuan kepada wanita yang dikenali sebagai Peng itu, Ree, terkejut apabila menerima dokumen mahkamah yang mengarahkannya mengosongkan rumah tersebut. 


Menurut dokumen tersebut, jika Ree enggan berpindah, dia akan didakwa menceroboh.


Saluran televisyen Channel 8 melaporkan, Peng ditemukan tinggal bersendirian di hartanah lain dalam wilayah Issan.


Peng memberitahu media bahawa tiada siapa yang menipunya untuk menjual hartanah itu, sebaliknya menjual dengan kerelaan sendiri pada harga 600,000 baht (RM78,000) kerana takut didera oleh Ree. – AGENSI



@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!