Pemuda bunuh ibubapa teman wanita kerana tolak lamaran pernikahan



Pemuda bunuh ibubapa teman wanita kerana tolak lamaran pernikahan


Jakarta - Seorang pemuda di Rokan Hulu,Riau, Niko Tampubolon berusia 21 tahun bertindak nekad dengan membunuh kedua ibu bapa teman wanitanya selepas berlaku pertengkaran antara suspek dan kedua-dua mangsa. Mereka berjumpa di rumah teman wanita bagi meminta restu untuk menikah namun kedua ibubapa teman wanitanya tidak setuju. Kemudian suspek pulang ke rumah dengan perasaan sangat marah.


Teman wanita suspek berusia 28 tahun terkejut dengan tindakan suspek yang tergamak membunuh kedua ibubapanya selepas suspek datang kembali dengan membawa sebilah parang. Mangsa iaitu bapa teman wanita berusia 51 tahun berusaha mempertahankan diri namun tidak berjaya. Kemudian mereka iaitu mangsa cuba melarikan diri daripada suspek namun suspek nekad mengejar dan membunuh mereka dengan parang. 


Tindakan kejam itu disaksikan oleh beberapa orang kampung yang kebetulan lalu di kawasan itu. Saksi kemudian melaporkan kejadian pembunuhan itu kepada balai polis Bonai Darussalam dan tangkapan terhadap suspek telah dibuat. Motif serangan adalah kerana perasaan tidak puas hati suspek kerana lamarannya untuk menikahi teman wanitanya ditolak oleh ibubapa teman wanita. Ibubapa teman wanita sempat bertengkar dengan suspek semasa proses lamaran ini membuatkan suspek merasa terhina dan nekad membunuh kedua-dua mangsa terbabit. 


Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun atas pertuduhan membunuh.


@liputan7official

Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!